BICARA HATI BONDA

Kata-kata yang terbuku di hati Bonda Pengetua dikongsi bersama kita semua. Marilah kita selami setiap bait kata yang ditersirat .

PADA TAHUN 2011
Permulaan berkembangnya sayap ke Subang Bestari,
Membina impian untuk mencapai sebuah Kejayaan,
Berkorban apa sahaja, Masa dan Tenaga
Ada yang terabaikan demi sebuah Impian.

TAHUN 2012
Merintis itu ibata menggali,
Semakin dalam semakin mencabar,
Baru mengenal erti mencari,
Perlukan pengorbanan banyak bersabar,
Semangat yang kental,
Tidak mengenal erti kepenatan,
Hari yang sentiasa menyinari

TAHUN 2013
Selangkah demi selangkah,
Semakin cerah semakin menuju era kemajuan,
Semangat bekerjasama dalam satu pasukan,
Dan kesatuan hati,
Kemenjadian dan keberhasilan

TAHUN 2014
Disini bermulanya sebuah perjalanan yang membahagiakan,
Semakin terserlah kemajuan,
Kasih sayang dan penghargaan ,
Ikatan tersimpul penuh penghormatan,
Rezeki diperolehi sentiasa dikongsikan

TAHUN 2015
Dalam perjuangan banyak cabarannya,
Hanya kesabaran dapat mengatasinya,
Keikhlasan juga perlu ditingkatkan,
Baru hidup kita beroleh keberkatan,
Banyak pengorbanan mengalirnya airmata,
Didalam hati tersimpan segalanya

TAHUN 2016
Perjalanan yang panjang mengisi segala ruang,
Tidak menoleh kiri dan kanan,
Tidak sesekali undur kebelakang,
Kemajuan luar biasa,
Kesepakatan bersama,
Akhirnya kita akan berjaya

TAHUN 2017
Tersenyum simpul meraih kejayaan,
Kepenatan lalu memberi keberhasilan,
Anugerah kejayaan sekolah cemerlang,
Nama As-Sakinah tinggi dijulang,
Mengalir airmata kegembiraan tanda satu kepuasan.

TAHUN 2018
Semakin matang semakin gah dan semakin berkembang,
Cawangan baru telah ditubuhkan ke Denai Alam,
Sayap dilebarkan dengan harapan dan impian,
Yang penuh dengan wawasan

TAHUN 2019
Dalam kejayaan ada keberkatan,
Dalam kehidupan penuh ujian,
Untuk mengenal erti sebuah ketentuan,
Menempuh segala ujian cabaran,
Hanya mengharapkan keredhaan Tuhan,
Satu persatu diharungi dengan kesakitan,
Belajar bertenang dan berlapang,
Akur kita hanya seorang Insan,
Yang penuh kedhoifan

TAHUN 2020
Diuji Allah dengan ujian yang tidak disangka,
Segalanya terhenti dan sepi seketika,
Hanya Semangat memberi kekuatan,
Tanggungjawab dan kasih sayang kerana Allah yang menyaksikan,
Kata-kata dari hati segalanya terbukti,
Semoga Allah melimpahi rezeki untuk semua yang disayangi,
Usaha dan Tawakkal ,
Semoga As-Sakinah Maju Jaya Dilimpahi keberkatan,
menjadi jutawan dermawan dunia akhirat.

- Bicara Hati Bonda -

“Assakinah adalah perjuangan

Hanya kematian adalah pengakhirannya.

Moga diberkati Rabbi Ilahi

Assakinah sentiasa dihati “