Seminar Kesedaran PSRA 2019

SUBANG BESTARI, 25 Ogos 2019 – Satu Seminar Kesedaran PSRA (Penilaian Sijil Rendah Agama) 2019 telah dianjurkan bertempat di Dewan Mutiara Ilmu As-Sakinah, Sekolah Rendah Islam As-Sakinah, Denai Alam bermula 8.00 hingga 4.30 petang.

Dewan-Mutiara-Ilmu-SRI-As-Sakinah-Denai-Alam-Seminar-Kesedaran-PSRA-2019-08-25

Objektif program adalah untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan menuntut ilmu dan untuk mencapai kecemerlangan dan juga menitip nilai murni dalam diri.

Dewan-Mutiara-Ilmu-SRI-As-Sakinah-Denai-Alam-Seminar-Kesedaran-PSRA-2019-08-25

Seminar ini disampaikan oleh penceramah berpengalaman iaitu Al-fadhil Ustaz Maskor Bin Jemenin dan disokong oleh pasukan IT dan PA System.

Dewan-Mutiara-Ilmu-SRI-As-Sakinah-Denai-Alam-Seminar-Kesedaran-PSRA-2019-08-25

Seramai 92 pelajar tahun 6 telah terlibat sebagai peserta seminar satu hari ini. Para peserta dibekalkan dengan poket fail yang mengandungi bahan-bahan seminar. Sarapan pagi dan tengah hari disediakan.

Dewan-Mutiara-Ilmu-SRI-As-Sakinah-Denai-Alam-Seminar-Kesedaran-PSRA-2019-08-25

Hasil daripada Seminar Kesedaran PSRA 2019 ini murid-murid mendapat kesedaran dan mula minat untuk lebih berjaya. Ibubapa dan penjaga sangat teruja dan terharu melihat perubahan anaknya terutama ketika anaknya menangis memohon maaf kepada ibubapa atau penjaganya.

Dewan-Mutiara-Ilmu-SRI-As-Sakinah-Denai-Alam-Seminar-Kesedaran-PSRA-2019-08-25

Didalam program ini juga dianjurkan solat zohor dan asar berjemaah diimamkan oleh Ustaz Zakaria dan Ustaz Maskor. Pembudayaan solat berjemaah amat dititik beratkan kepada murid-murid dan warga SRI As-Sakinah.

Dewan-Mutiara-Ilmu-SRI-As-Sakinah-Denai-Alam-Seminar-Kesedaran-PSRA-2019-08-25

Harapan pihak sekolah adalah semoga anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah, berilmu, beramal dan menghayati Al-Quran menuju ketaqwaan.

Sekiranya anda berminat mendaftarkan anak ke Sekolah Rendah Islam As-Sakinah Denai Alam atau Subang Bestari, anda dijemput untuk membuat pra-pendaftaran secara atas talian (online) di link pautan berikut:

>> https://srias-sakinah.com/daftar-online-2020-disini/

>> https://srias-sakinah.com/daftar-online-2020-disini/

>> https://srias-sakinah.com/daftar-online-2020-disini/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *