Dewan-Mutiara-Ilmu-SRI-As-Sakinah-Denai-Alam-Seminar-Kesedaran-UPKK-2019-08-24

Seminar Kesedaran UPKK 2019

SUBANG BESTARI, 24 Ogos 2019 – Satu Seminar Kesedaran UPKK (Ujian Penilain Kelas KAFA) 2019 telah dianjurkan bertempat di Dewan Mutiara Ilmu As-Sakinah, Sekolah Rendah Islam As-Sakinah, Denai Alam bermula 8.00 hingga 4.30 petang.

Objektif program adalah untuk memberi kesedaran kepada anak-anak tentang kepentingan menuntut ilmu dan untuk mencapai kecemerlangan dan juga menitip nilai murni dalam diri.

Seminar ini disampaikan oleh penceramah berpengalaman iaitu Al-fadhil Ustaz Maskor Bin Jemenin dan disokong oleh pasukan IT dan PA System.

Seramai 126 pelajar tahun 5 telah terlibat sebagai peserta seminar satu hari ini. Para peserta dibekalkan dengan poket fail yang mengandungi bahan-bahan seminar. Sarapan pagi dan tengah hari disediakan.

Hasil daripada Seminar Kesedaran UPKK 2019 ini murid-murid mendapat kesedaran dan mula minat untuk lebih berjaya. Ibubapa dan penjaga sangat teruja dan terharu melihat perubahan anaknya terutama ketika anaknya menangis memohon maaf kepada ibubapa atau penjaganya.

Didalam program ini juga dianjurkan solat zohor dan asar berjemaah diimamkan oleh Ustaz Zakaria dan Ustaz Maskor. Pembudayaan solat berjemaah amat dititik beratkan kepada murid-murid dan warga SRI As-Sakinah.

Harapan pihak sekolah, semoga anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah, berilmu, beramal dan menghayati Al-Quran menuju ketaqwaan.

Sekiranya anda berminat mendaftarkan anak ke Sekolah Rendah Islam As-Sakinah Denai Alam atau Subang Bestari, anda dijemput untuk membuat pra-pendaftaran secara atas talian (online) di link pautan berikut:

>> https://srias-sakinah.com/daftar-online-2020-disini/

>> https://srias-sakinah.com/daftar-online-2020-disini/

>> https://srias-sakinah.com/daftar-online-2020-disini/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *