______________________________
 
 
Hubungi Kami:
Tel.Pejabat: 03-7832 0866.
Hotline H/P: 016-338 6583
 
Sakinah @Facebook :
Sakinah @FB Page
Sakinah @YouT ube
 
Waktu Pejabat Sekolah
Isnin-Jumaat:
8.00 AM - 1.00 PM : Buka
1.00 PM - 2.00 PM : Rehat
2.00 PM - 5.30 PM : Buka
 
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup
 ____________________________
 

GAMBAR KELAS 2014

SESSI PAGI @SUBANG BESTARI

 

SESSI PAGI @ SUBANG SURIA

 

_____________________________

_________________________

Kaunter Hit Pelawat:

counter create hit_________________________ 

Surat Peringatan Cuti Tambahan Nuzul Quran & Aidilfitri

Surat telah diedarkan kepada semua murid pada hari ini Jumaat 11 Julai 2014

Surat Makluman Ibubapa: Perubahan Waktu Pulang Pelajar Sepanjang Ramadhan 2014

Assalamualaikum wr.wb.

Tarikh : 24 Jun  2014 .Bersamaan 26 Syaaban 1435 h

Ruj.kami : SRIASSAKINAH.RI.S.J Ptlg 01/013/01

Kepada ,

Ibubapa Pelajar Sri As-Sakinah

Subang Bestari / Subang Suria

Tuan/Puan,

PER : PERUBAHAN JADUAL SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2014

Merujuk perkara diatas , pihak Sri As-Sakinah  akan membuat perubahan jadual bagi  pelajar sesi petang sepanjang bulan Ramadhan, perubahan jadual adalah seperti berikut :-

2.      Waktu pulang pelajar adalah pada pukul 5.00 Petang setiap hari dan sekiranya ada pelajar yang Mengaji Al-Quran waktu pulang adalah pada pukul 5.30 Petang.

3.      Keprihatinan  dan kerjasama dari Tuan / Puan dalam menguruskan pengangkutan untuk anak-anak amatlah  dihargai dan diucapkan ribuan , terima kasih .

Sekian ,Terima Kasih

Yang Benar,

t.t………………..

Ustazah Pn. Siti Hara Binti Ismail

Pengetua SRI As-Sakinah

Majlis Sambutan Hari Guru dan Ramah Mesra Ibubapa (Mei 2014)

SUBANG BESTARI, 25 Mei 2014 - Tema Hari Guru Nasional tahun 2014 adalah "Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi". Sehubungan dengan itu SRI As-Sakinah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru dan Ramah Mesra Ibubapa untuk meraikan guru-guru dan ibubapa selaku guru pertama kepada anak-anak mereka. Pelbagai acara dan persembahan serta pertandingan diadakan. Antara persembahan adalah persembahan doa harian murid-murid, boria guru lelaki, sajak & nasyid guru perempuan. Selamat Hari Guru 2014. 

 Acara memotong Kek Khas Hari Guru

Temasya Sukan Tahunan SRI As-Sakinah 2014

SUBANG BESTARI, 27 April 2014 - Sekolah Rendah Islam As-Sakinah telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan pada tahun ini di Padang Mini MBSA di Subang Bestari. Semua murid sekolah rendah dan tadika mempunyai acara masing-masing yang dipertandingkan. Murid-murid dibahagikan kepada rumah-rumah sukan mengikut 4 warna berbeza. Lebih kurang 500 orang telah hadir pada hari acara sukan tersebur terdiri daripada para pelajar dan ibubapa. Majlis telah dirasmikan oleh Puan Siti Rohaya Binti Ahad (Ahli Majlis MBSA MPP Zon 18). Rumah Merah telah menjuarai Johan Keseluruhan Temasya Sukan Tahunan tahun ini.

  

Barisan Guru SRI As-Sakinah 2014

TADIKA:

As-Sakinah Integrated Islamic Pre-School

Video: Pelajar Tadika Membaca Teks Bertajuk: Jenis Binatang

 

Pendafataran Online:

2014 (Dibuka Sepanjang Tahun)

2015 (Kini dibuka):

Yang dihormati IbuBapa/Penjaga,

Kepada ibubapa/penjaga yang berminat, boleh membuat pendaftaran secara online bagi sesi  kemasukan 2014 dengan mengisi borang online pada pautan 'Borang' diatas.

 Langkah 1: Klik pautan 'Borang' di bahagian atas laman web ini.

 Langkah 2: Klik pada nama borang mengikut jenis pendaftaran anda.

 Langkah 3: Isikan maklumat pada borang tersebut.

 Langkah 4: Klik butang 'Hantar'

 Langkah 5: SMS "DAFTAR ONLINE" ke 013-3145198 (Web Admin, Ustaz Khabir).

Terima kasih kerana mendaftar di Sekolah Rendah Islam As-Sakinah bagi tahun 2014.

GAMBAR KELAS 2014

SESSI PETANG

@SUBANG BESTARI

 

SESSI PETANG

@SUBANG SURIA

_____________________________

 

Background Image

Header Color

:

Content Color

: